Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching atau nama ringkasnya SEMEKAR, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 2/9A Seksyen 5 dan dibina pada tahun 2004 di Fasa Lima, Bandar Rinching, Semenyih, Selangor, Malaysia.
Sebagai sebuah sekolah perjiranan, pelajar-pelajarnya datang dari sekitar Bandar Rinching. Pada suatu ketika, para pelajar Bandar Rinching harus ke Sekolah Kebangsaan Semenyih untuk persekolahan mereka. Maka dengan pembukaan sekolah ini, banyak masa, tenaga dan wang boleh dijimatkan, selain daripada memberikan kemudahan kepada para penduduk di Bandar Rinching.
Koperasi SMK Bandar Rinching telah didaftarkan pada 23 Jun 2005 untuk memberi kemudahan kepada warga sekolah.Bermula dengan menjual roti dan minuman, kini koperasi telah dapat menyediakan keperluan persekolahan murid seperti alat tulis, buku tulis, buku rujukan dan perkhidmatan fotostat
No comments:
Post a Comment